Nama-Nama dan tugas Malaikat
NAMA-NAMA DAN TUGAS MALAIKAT
Malaikat Jibril
Dia ialah penghulu segala malaikat. Tugasnya menyampaikan wahyu kepada rasul dan Nabi. Malaikat adalah satu dari tiga malaikat yang namanya disebut dalam al-Quran. Nama malaikat Jibrail disebut dua kali dalam al-Quran iaitu pada surah 2 ayat 97 dan 98.
Malaikat jibrail juga sering disebut dalam hadis dan kisah para nabi memandang jibril sering turun ke bumi dan berubah menyerupai manusia (lazimnya lelaki) untuk bertemu dengan para nabi. Antaranya adalah peristiwa ketika Jibril bertanyakan Nabi Muhammad SAW islam dan ihsan serta tanda-tanda hari kiamat. Jibril juga pernah mengiring Nabi Muhammad dalam Isra’ dan Mikraj iaitu perjalanan malam dari Makkah ke Baitul Maqdis sebelum Nabi Muhammad sendiri menemui Allah di Sidratul Muntaha.
وَلَقَدْ رَآهُ بِالْأُفُقِ الْمُبِينِ
Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.(at-takwiir:23)
Malaikat Mikail
Tugasnya ialah menurunkan hujan untuk menghidupkan bumi, bintang-bintang, pokok,
dan tumbuh-yumbuhan yang lain. Menyebarkan rezeki.
مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِلَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَرُسُلِهِ وَجِبْرِيلَ وَمِيكَالَ فَإِنَّ اللَّهَ عَدُوٌّ لِلْكَافِرِينَ
Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir. (al-baqarah:98)
Tugasnya ialah mengambil nyawa sekalian makhluk. Izrail juga dipanggil malaikat maut.
Malaikat izrail diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan yang serupa dengan malaikat Mikail baik wajahnya, saiznya, kekuatannya, lisannya dan sayapnya. Semuanya tidak kurang dan tidak lebih. Dari kepala hingga kedua telapak kakinya berbulu za’faran dan di setiap bulu ada satu juta muka dan setiap satu juta muka mempunyai satu juta mata dan satu mulut. Setiap mulut ada satu juta lidah, setiap lidah boleh berbicara satu juta bahasa. Jika seluruh air di lautan dan sungai di sunia disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah.
Malaikat Israfil
Dia diserahi tugas meniup sangkakala atas perintah Rabb-nya dengan tiga kali tiupan. Pertama adalah tiupan keterkejutan, tiupan kedua adalah tiupan kematian dan tiupan ketiga adalah tiupan kebangkitan
Malaikat Raqib Dan Atid
Malaikat berada di kiri dan kanan setiap manusia. Malaikat raqib di sebelah kiri mencatat amalan jahat sementara malaikat Atid sebelah kanan mencatat amalan baik. Tiap satu kebajikan di tulis dengan sepuluh ganda kebajikan manakala satu kejahatan dibals dengan satu kejahatan sahaja. kesimpulannya segala tingkah laku manusia tidak akan terlepas dari kedua-dua malaikat ini.
مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya Malaikat Pengawas yang selalu hadir” (QS. Qaaf: 18)
Malaikat Munkar Dan Nangkir
Kedua-dua malaikat ini bertugas menyeksa dan mengemukakan soalan-soalan kepada orang yang telah meninggal dunia di dalam kubur. Tidak ada seorang pun yang dapat melepaskan dirinya ini daripada kedua-dua malaikat ini walaupun di mana pun mereka mati.
“Tatkala orang yang mati telah dikubur, datanglah kepadanya dua malaikat yang hitam kebiruan, salah satu diantara keduanya dinamakan Munkar dan yang lainnya dinamakan Nakir” (HR. at Tirmidzi, dihasankan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih Sunan at Tirmidzi no. 856)
5.7 Malikat Malek
Dia adalah penjaga neraka .
وَنَادَوْا يَا مَالِكُ لِيَقْضِ عَلَيْنَا رَبُّكَ قَالَ إِنَّكُم مَّاكِثُونَ
“Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!" ( az- zukhruf ;77)
Malaikat Ridhwan
Tugasnya menjaga syurga.
Malaikat Zabaniah
Dinyatakan di dalam al-Quran mengenai malaikat yang bertugas mengawal atau menjaga neraka serta penghuninya sebagaimana firman Allah
وَنَادَوْا يَا مَالِكُ لِيَقْضِ عَلَيْنَا رَبُّكَ قَالَ إِنَّكُم مَّاكِثُونَ
Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!"(al-zukhruf:77)
Comments
Post a Comment