Apa itu Kaunseling??^_^

Apa itu KaUnseLinG?? ^_^

Bukan senang hendak menjadi seorang yang bergelar kaunselor.. kita just kenal kaunselor kat sekolah je kan??.. hmmm.... banyak cabang kaunselor ni.. sekarang banyak permintaan jawatan kaunselor di jabatan-jabatan kerajaan. tak pun pejabat swasta. Saya baru dalam belajar kaunseling ni. banyak lagi yang kene betulkan. So, ada la sikit note yang boleh share, saya share... Sharing is caring right?? huhu..


Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi.  Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri. Kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien. Shertzer & Stone (1974) menegaskan bahawa kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna mengenai diri dan alam sekelilingnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilainilai tingkah laku masa hadapan klien.

Kaunseling individu mempunyai matlamat yang jelas untuk membantu seseorang individu. Antaranya ialah Memudahkan perubahan tingkah laku klien. Matlamat kaunseling adalah untuk  membantu klien membuat sesuatu perubahan tingkah laku yang membolekan klien menjalani kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan. Selain itu, Meningkatkan keupayaan klien memula dan meneruskan perhubungan. Ramai dikalangan klien yang menhadapi masalah semasa berinteraksi dengan orang lain.  Ini berlaku kerana kurangnya klien mempunyai kemahiran komunikasi dan mempunyai imej kendiri yang negatif. Matlamat kaunselor ialah mencari jalan supaya dapat meningkatkan mutu cara  klien berhubung dengan orang lain.





   





Comments

Popular posts from this blog

IPW (Iventori Personaliti Warna)

PERKEMBANGAN KAUNSELING ISLAM MENURUT IMAM AL-GHAZALI

Proses Kejadian Manusia