Posts

Showing posts from September, 2013
TAJUK : MEMBUAT PILIHAN (KHIYAR) DALAM JUAL BELI SUBJEK : FIQH MUAMALAT
Takrif Khiyar               Pilihan untuk meneruskan atau membatalkan kontrak yang telah dipersetujui diberikan oleh syarak kepada pihak yang menjalankan kontrak jual beli. Khiyar Majlis   Kedua-dua pihak berhak menarik balik kontrak jual beli tersebut walaupun kontrak tersebut telah dipersetujui dan disahkan. Dengan syarat ianya dilakukan di majlis yang sama dan secara fizikalnya,mereka masih belum berpisah.   Jika mereka telah berpisah daripada majlis jual beli tersebut khiyar ini tidak dibenarkan dan kontrak tersebut perlu dilaksanakan. Apa yang dimaksudkan dengan berpisah boleh dirujuk kepada amalan yang digunapakai (uruf).   Bagi kontrak yang dimeterai di dalam sebuah rumah yang besar,sekiranya salah satu pihak keluar dari bilik ke halaman rumah atau sebaliknya, mereka dianggap telah berpisah.   Jika mereka berada dalam sebuah rumah yang kecil , perpisahan dianggap berlaku apabila salah satu pihak keluar dari rumah …