Posts

Showing posts from January, 2016
Image
Kawan, Teman Dan Sahabat Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama



Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku
Kuasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama
  _UNIC_KauKawanSahabat&Reman I Love KUISAS

Image
Adik-adik Permata AyahBonda Anak-anak adalah permata ayah bonda
Penghibur duka lara, menyejukkan mata
Ibarat kain putih yang suci dan bersih
Terpulang bagaimana untuk mencoraknya

Berilah mereka didikan agama,
Kelak bila dewasa, jadi insan berguna
Kepada nusa dan bangsa,
Kepada insan semua

Melenturi buluh biarlah daripada rebungnya
Asuhlah mereka ajarkan mereka akhlak yang mulia
Anak-anak cahaya mata
Anak soleh impian semua
Andainya kita meninggalkan dia
Akan mengalir doa darinya

Didiklah anak-anak kita
Menjadi anak yang soleh
Pabila kita tiada
Jadi penerang alam baqa

Anak soleh permata keluarga
Harta kita paling berharga
Setiap doanya pada kita
Jariah kita di sana  _UNIC_Permata Keluarga




Apa kata hati?

Image
Kita wanita.. Kita bunga..
Hiasan Duniawi..

Kita manusia..
Kadang-kadang lupa siapa kita..
Kita lupa diri...
Alpa dengan kemewahan dunia..
Leka dengan teknologi siber..
Namun...
Tiba-tiba hati terusik..
Lantas kita kembali ke landasan sepatutnya...

Itu manusia....
Sentiasa perlu diingatkan...
Sentiasa perlu dinasihatkan...
Sentiasa perlu diberitahu..
Kerana, kita lupa...

Apabila bahagia... Seronok yang datang... tapi, "syukur" tiada...
Apabila derita... Sedih yang datang... tapi, "insaf" tiada..

Pernah kita alpa..
Bukan dengan kemewahan dunia..
Tapi, nafsu...
Pandangan Mata tidak dijaga..
Memuja manusia sini sana...
Hingga lupa akan tanggungjawab kepada agama...

Suatu hari..
Saatnya kita sunyi..
Jiwa kita sepi..
Terasa kosong dalam diri....
Hiba rasa hati...
Ketika ini,
Hatimu rindukan tuhan yang Esa...
Makanan hatimu lama kau tidak suapkan..
Hanya ingat makanan keseronokkan..

Apa yang perlu kau lakukan...?
Ambillah wudu'... sucikan dirimu...
Bentangkan sejada…