Jatuh Cinta?? ^_^



BOLEHKAH JATUH CINTA?









Adakah jatuh cinta dibolehkan? Boleh saja, kenapa tidak? Cinta seseorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumber dari fitrah yang di ciptakan Allah dalam jiwa manusia. Perasaan itu adalah kecenderungan kepada berlainan jantinanya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.

 Sebagaimana firman Allah:
“Dan antara kekuasaan-Nya adalah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dan jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan jadikan-Nya antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kaum yang berfikir”.     
                                                                                                            (Ar-Rum:21)


Cinta bukanlah seuatu yang kotor, kerana kekotoran dan kesucian bergantung kepada bingkainya. Adakah bingkai suci dan halal dan ada bingkai yang kotor dan haram. Bila bingkainya sesuai dengan syariat, maka cinta itu adalah halal. Namun bila bingkainya percintaan adalah kecurangan dan pengzinaan, maka cinta itu terlarang. Cinta mengandungi segala makna kasih sayang, keharmonian, penghargaan dan kerinduan, di samping mengandungi persiapan untuk menempuhi kehidupan di kala suka dan duka, lapang dan sempit.
Cinta bukanlah sebuah ketertarikan secara fizikal sahaja. Ketertarikan secara fizikal hanyalah permulaan cinta, bukan puncaknya. Sudah menjadi fitrah manusia untuk menyukai keindahan. Tapi di samping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.
Islam adalah agama fitrah kerana itulah Islam tidak membelenggu perasaan manusia. Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang mekar pada diri seseorang manusia. Akan tetapi, Islam mengajar kepada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.
Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta dan mengajar bahawa sebelum di laksanakan akad nikah harus bersih dari persentuhan yang haram.

Comments

Popular posts from this blog

IPW (Iventori Personaliti Warna)

PERKEMBANGAN KAUNSELING ISLAM MENURUT IMAM AL-GHAZALI

Proses Kejadian Manusia