Proses Kejadian Manusia
Allah SWT yang menciptakan manusia, maka Dialah yang mengetahui asal usul kejadian, kelemahan-kelemahan dan kesempurnaan, tugas dan risalah, kedudukan dan jawatan, matlamat dan kewujudan dan falsafah hidupnya, juga mengetahui tentang kepastian mengenai kehidupan yang abadi. Allah SWT yang mencipta manusia itulah yang mengetahui hakikat kejadian diri manusia, sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud “Tidakkah Allah SWT yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui segala-galanya? Sedang ia amat luas urusan tadbirNya, lagi amat mendalam pengetahuanNya. Maha Mengetahui dengan segala ciptaan” (surah Al-mulk ayat 14)
Allah SWT telah menerangkan secara terperinci mengenai proses kejadian manusia iaitu manusia yang pertama Nabi Adam A.S dan zuriat keturunannya yang harus difahami sebagai unsur jasmani. Unsur jasmani manusia dicipta dari tanah di bumi, maka tuntutan serta keperluan hidup manusia yang bersifat jasmani adalah dari tanah seperti makanan dan minuman, pakaian dan perhirasan, serta kediaman dan keamanan.
Unsur jasmani yang ditetapkan dalam Islam adalah sebagai jalan kepada unsur rohani iaitu ia sebagai alat untuk mencapai matlamat kerohanian. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud “ Kemuadian apabila Aku sempurnakan Kejadiannya, Serta Aku tiupkan padanya ruh dari (ciptaan)Ku, maka hendaklah kamu sujud padanya” (surah Al-hijr ayat 29). Maka cantuman kedua-dua unsure ini telah melahirkan insan dengan kekuasaan Allah SWT yang Maha Berkuasa.
Manusia adalah ciptaan Allah yang sangat unik, mulia dan dihormati. Manusia juga diberi akal (Al-Bayan) dan berbeza dengan haiwan dan ciptaan Allah yang lain dimana manusia diberi kelebihan untuk berfikir, berkata, mendengar melihat dan memahami sesuatu perkara. Penciptaan manusia bermula dengan penciptaan Nabi Adam A.S dari tanah.
Peringkat Pertama
Nutfah iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Seperti firman Allah :
إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. (surah Al-insan ayat 2)
Asal perkataan nutfah ialah nutf yang bererti air sedikit air yang terdapat di dalam sesuatu bekas sama ada telaga dan sebagainya. Perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang beerti percampuran. Ini bermakna perkataan tersebut bermaksud “sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki an air mani perempuan. Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan.
Alaqah iaitu melekat atau bergantung pada rahim ibu. Peringkat pembentukan alaqah ini ialah pada hujung minggu pertama atau hari ketujuh. Pada hari ketujuh, telur yang telah disenyawakan akan tertanam didinding rahim. Menurut firman Allah SWT :
ثُمَّ خَلَقنَا النُّطفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقنَا العَلَقَةَ مُضغَةً فَخَلَقنَا المُضغَةَ عِظٰمًا فَكَسَونَا العِظٰمَ لَحمًا ثُمَّ أَنشَأنٰهُ خَلقًا ءاخَرَ ۚ فَتَبارَكَ اللَّهُ أَحسَنُ الخٰلِقينَ
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (surah Al-mukminun ayat 14)
Segelintir ahli tafsir mentafsirkan alaqah ini dengan makna segumpal darah. Segelintir yang lain mentakrifkannya sebagi sesuatu yang melekat atau bergantung. Selalunya terjadi pada minggu pertama hingga ketiga. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud : “ Pada setiap seorang daripada kamu, semua bahagian (anggota) ciptaan dikumpulkan di dalam rahim ibumu dalam masa 40 hari”. (Hadith shahih riwayat Bukhari & Muslim)
Peringkat ketiga
Mudghah ialah peringkat pembentukan organ yang lebih sempurna selepas fasa ‘alaqah. Mudghah yang bererti “ bahan yang dikunyah”. Pada peringkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu, pernafasan bayi sudah terbentuk. Jantung bayi mula berdegup dan dara mengalir bagi membekalkan oksigen dan belakan makanan yang secukupnya. Menjelang minggu ketujuh, system pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
Dalam firman Allah SWT :
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak tentang kebangkitan makhluk, maka sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan dan yang tidak disempurnakan; untuk Kami jelaskan kepadamu; dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak kemudian sampai ke peringkat umur dewasa; dan ada di antara kamu yang dimatikan dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya, dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. (surah Al-hajj ayat 5)
Izam dan Lahm merupakan minggu ke lima, keenam atau ketujuh iaitu peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang-belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah :
ُمَّ خَلَقنَا النُّطفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقنَا العَلَقَةَ مُضغَةً فَخَلَقنَا المُضغَةَ عِظٰمًا فَكَسَونَا العِظٰمَ لَحمًا ثُمَّ أَنشَأنٰهُ خَلقًا ءاخَرَ ۚ فَتَبارَكَ اللَّهُ أَحسَنُ الخٰلِقينَ
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (surah Al-mukminun ayat 14)
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu system yang kompleks. Pada tahap ini, perut dan usus, selufuh saraf, otak dan tulang—belulang mula terbentuk.
Peringkat kelima
Nasy’ah Khalqan Akhar ialah peringkat yang sudah masuk ke peringkat janin. Pembentukan rupa dan bentuk juga berlaku pada peringkat ini. Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan, beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk sempurnanya. Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatal bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja. Firman Allah s.w.t.
فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ(14)
“Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Al-Mukminun : 14)
Peringkat keenam
Nafkhur ruh Iaitu peringkat peniupan roh. Peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran:
Maksudnya : Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". (surah Al-a’raf ayat 172)
Assalam, kenapa background rainbow ada tulisan 1001 christian? Pada bahagian rainbow yg pekat.. :D
ReplyDeleteCHRISTIAN -,-
ReplyDelete