Posts

Image
Kawan, Teman Dan Sahabat     Ketika mula bertemu Terasa bagai telah lama bersua Kau sambut hulur tanganku Bertegur sapa penuh mesra Masa terus berlalu Dan kita tetap seiringan berjalan Menempuh onak liku Lalui semua suka dan duka bersama   Biarlah apapun rahsia Dan kelemahanmu tetap engkau temanku Riangnya saat kita ketawa Asyik senda dan bercerita Walau sesekali pandangan kita berbeza Andainya tetap serupa Adakalanya kita juga saling terluka Namun di akhirnya kita tetap bersama Dan kini dipisahkan dua benua Saling mengejar cita Tak pernah kulupakan Detik yang indah bersamamu temanku   Kuasti suatu masa Engkau dan aku kan bertemu semula Kembali menjalinkan detik nan indah Untuk kenangan bersama   _UNIC_KauKawanSahabat&Reman I Love KUISAS
Image
Adik-adik Permata AyahBonda Lentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya Anak-anak adalah permata ayah bonda Penghibur duka lara, menyejukkan mata Ibarat kain putih yang suci dan bersih Terpulang bagaimana untuk mencoraknya Berilah mereka didikan agama, Kelak bila dewasa, jadi insan berguna Kepada nusa dan bangsa, Kepada insan semua Melenturi buluh biarlah daripada rebungnya Asuhlah mereka ajarkan mereka akhlak yang mulia Anak-anak cahaya mata Anak soleh impian semua Andainya kita meninggalkan dia Akan mengalir doa darinya Didiklah anak-anak kita Menjadi anak yang soleh Pabila kita tiada Jadi penerang alam baqa Anak soleh permata keluarga Harta kita paling berharga Setiap doanya pada kita Jariah kita di sana  _UNIC_Permata Keluarga

Apa kata hati?

Image
Kita wanita.. Kita bunga.. Hiasan Duniawi.. Kita manusia.. Kadang-kadang lupa siapa kita.. Kita lupa diri... Alpa dengan kemewahan dunia.. Leka dengan teknologi siber.. Namun... Tiba-tiba hati terusik.. Lantas kita kembali ke landasan sepatutnya... Itu manusia.... Sentiasa perlu diingatkan... Sentiasa perlu dinasihatkan... Sentiasa perlu diberitahu.. Kerana, kita lupa... Apabila bahagia... Seronok yang datang... tapi, "syukur" tiada... Apabila derita... Sedih yang datang... tapi, "insaf" tiada.. Pernah kita alpa.. Bukan dengan kemewahan dunia.. Tapi, nafsu... Pandangan Mata tidak dijaga.. Memuja manusia sini sana... Hingga lupa akan tanggungjawab kepada agama... Suatu hari.. Saatnya kita sunyi.. Jiwa kita sepi.. Terasa kosong dalam diri.... Hiba rasa hati... Ketika ini, Hatimu rindukan tuhan yang Esa... Makanan hatimu lama kau tidak suapkan.. Hanya ingat makanan keseronokkan.. Apa yang perlu kau lakukan...? Ambillah wud
TAJUK : MEMBUAT PILIHAN (KHIYAR) DALAM JUAL BELI SUBJEK : FIQH MUAMALAT Takrif Khiyar               Pilihan untuk meneruskan atau membatalkan kontrak yang telah dipersetujui diberikan oleh syarak kepada pihak yang menjalankan kontrak jual beli. Khiyar Majlis   Kedua-dua pihak berhak menarik balik kontrak jual beli tersebut walaupun kontrak tersebut telah dipersetujui dan disahkan. Dengan syarat ianya dilakukan di majlis yang sama dan secara fizikalnya,mereka masih belum berpisah.   Jika mereka telah berpisah daripada majlis jual beli tersebut khiyar ini tidak dibenarkan dan kontrak tersebut perlu dilaksanakan. Apa yang dimaksudkan dengan berpisah boleh dirujuk kepada amalan yang digunapakai (uruf).   Bagi kontrak yang dimeterai di dalam sebuah rumah yang besar,sekiranya salah satu pihak keluar dari bilik ke halaman rumah atau sebaliknya, mereka dianggap telah berpisah.   Jika mereka berada dalam sebuah rumah yang kecil , perpisahan dianggap berlaku a

SoLat ~ Solat

Image
SOLAT SUNAT TARAWIH Pengertian solat tarawih Erti tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirehat. Solat tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu isya’. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat tarawih, sebelum disambung semula. Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat tarawih, solat witir dan membaca al-quran, berzikir dan lain-lain. Amalan Solat tarawih Disamping mengamalkan ibadah puasa yang diwajibkan, umat islam digalakkan dan disuruh dengan mengerjakan berbagai ibadat sunat yang ditawarkan sepanjang bulan ramadhan yang diberkati Allah itu. Allah SWT mengurniakan satu keistimewaan lagi iaitu malam “lailatul qadar” pada salah satu malam sepanjang bulan ramadhan ini.  SUJUD TILAWAH Sujud Tilawah adalah salah satu sujud yang sering kita lakukan semasa me

Proses Kejadian Manusia

Image
  Pengenalan Kepada Proses Kejadian Manusia Allah SWT yang menciptakan manusia, maka Dialah yang mengetahui asal usul kejadian, kelemahan-kelemahan dan kesempurnaan, tugas dan risalah, kedudukan dan jawatan, matlamat dan kewujudan dan falsafah hidupnya, juga mengetahui tentang kepastian mengenai kehidupan yang abadi. Allah SWT yang mencipta manusia itulah yang mengetahui hakikat kejadian diri manusia, sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud “Tidakkah Allah SWT yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui segala-galanya? Sedang ia amat luas urusan tadbirNya, lagi amat mendalam pengetahuanNya. Maha Mengetahui dengan segala ciptaan” (surah Al-mulk ayat 14) Allah SWT telah menerangkan secara terperinci mengenai proses kejadian manusia iaitu manusia yang pertama Nabi Adam A.S dan zuriat keturunannya yang harus difahami sebagai unsur jasmani. Unsur jasmani manusia dicipta dari tanah di bumi, maka tuntutan serta keperluan hidup manusia yang bersifat jasmani adalah dari tanah