SoLat ~ Solat
SOLAT SUNAT TARAWIH
Erti tarawih ialah duduk bersenang-senang atau
beristirehat. Solat tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan
hati selepas solat fardhu isya’. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan
empat rakaat solat tarawih, sebelum disambung semula. Tujuan utamanya ialah
untuk memberi peluang dan galakan kepada umat islam supaya suka mengisi waktu yang
terluang di dalam bulan ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat
tarawih, solat witir dan membaca al-quran, berzikir dan lain-lain.
- Amalan Solat tarawih
Disamping mengamalkan ibadah puasa yang
diwajibkan, umat islam digalakkan dan disuruh dengan mengerjakan berbagai
ibadat sunat yang ditawarkan sepanjang bulan ramadhan yang diberkati Allah itu.
Allah SWT mengurniakan satu keistimewaan lagi iaitu malam “lailatul qadar” pada
salah satu malam sepanjang bulan ramadhan ini.
SUJUD TILAWAH
Sujud Tilawah adalah salah satu sujud yang
sering kita lakukan semasa membaca Al-Quran apabila kita membaca ayatnya atau
mendengar bacaan orang lain yang di dalamnya mengandungi perkataan sujud.Namun
begitu,masih ada lagi saudara-saudara kita yang masih keliru tentang tata cara
melakukan sujud tilawah.Jom sama-sama kita memahami dan mengetahui bagaimana
pelaksanaan yang tepat untuk sujud tilawah.
- Pengertian Sujud Tilawah
Takrif sujud tilawah adalah sujud disebabkan
membaca atau mendengar ayat daripada ayat-ayat sejadah di dalam al-Quran.
- Fadhilat Sujud Tilawah
Sebagaimana yang kita tahu bahawa ibadah yang
kita lakukan adalah demi untuk mendekatkan diri seseorang hamba itu kepada
tuhannya, tetapi kita jangan lupa selain untuk mendekatkan diri kepada Allah
SWT, Allah kurniakan juga kepada kita ganjaran yang sangat tinggi yang berupa
pahala untuk kita bawa di hari akhirat kelak.Rabiah bin Kaab al-Aslami bertanya
kepada Nabi SAW bagaimana untuk mendapatkan syurga yang tinggi, maka baginda
menjawab: “Perbanyakkan sujud.” (Riwayat Muslim 489)
- Bacaan ketika sujud tilawah
Daripada Aisyah RA katanya: “Bacaan Nabi SAW
ketika melakukan sujud al-Quran pada tengah malam, baginda akan membaca pada
sujudnya:
Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada
(Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka
pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha
berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta.” (Riwayat
Abu Daud 1414, Tirmizi 580, dan Nasa’I 2/222)
Jika tidak mampu menghafal bacaan ini, kita
boleh membaca dengan apa-apa doa yang kita hafal sama ada bacaan yang kita
selalu lakukan di dalam solat atau pun doakan Ibu bapa dan sebagainya.
- Dua Jenis Sujud Tilwah
1.
Dalam Solat
a. Ketika tiba pada ayat-ayat Sajadah,
disunatkan berniat sujud untuk Tilawah, mengucapkan Takbir lalu terus sujud
sekali dan membaca tasbihnya, kemudian berdiri semula tanpa perlu mengangkat
tangan dan menyambung baki bacaan ayat tersebut serta teruskan solat seperti
biasa sehingga salam.
b. Terbatal solat jika melakukan sujud
bersendirian pada ketika Imam tidak melakukannya. Sekiranya imam tidak
melakukannya, maka makmumnya juga tidak perlu bersujud kerana makmum wajib
selalu menyesuaikan gerakannya dengan imam iaitu tidak boleh melakukan gerakan
yang tidak dilakukan imam.
2. Di
Luar Solat
Sujud Tilawah sunat dilakukan di luar solat
iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau mendengarnya, jika
hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat sujud tilawah kemudian
bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam solat.
Berniat dalam hati, di samping itu disunatkan
juga melafazkan niatnya :
Ertinya: “Daku melakukan Sujud Tilawah kerana
Allah Ta‘ala”
1. Ketika membaca Al-Quran dan apabila bertemu ‘tanda sujud’, maka hendaklah
bertakbiratul-ihram sambil berniat ‘Sujud Tilawah’ untuk melakukan sujud tanpa
mengangkat tangannya.
2. Takbir iftitah hukumnya adalah wajib kerana ia adalah merupakan syarat
sujud tilawah.
3. Tidak perlu berdiri atau membaca Fatihah dan rukuk. Terus saja bersujud dan
membaca ‘Tasbih Tilawah’.
4. Adalah sunat memanjangkan bacaan takbir yang kedua ketika hendak sujud
sehingga diletakkan dahi ke tempat sujud.
5. Begitu juga bagi takbir yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga
duduk semula. kemudian kembali duduk dan memberi salam.
6. Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilawah di luar solat ini tidak
disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) kemudian melaksanakan sujud,
bahkan memadailah hanya dalam keadaan duduk. Sementara itu jika dia dalam
keadaan berdiri maka dilakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdirinya itu
kemudian membaca takbir dan sujud. (At-Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran 118)
7. Jika tidak bersujud, kerana tidak memenuhi syarat atau berhalangan, maka
sebagai gantinya bacalah ayat:
Ertinya : Maha Suci Allah dan segala pujian
bagi Allah, Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar; Tiada suatu daya dan
kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Boleh Tangguh Sujud Tilawah
Sujud tilawah juga boleh ditangguhkan.
Contohnya, ketika sedang dalam perjalanan tiba-tiba kedengaran seseorang
membaca ayat sajdah. Maka, tidak diharuskan sujud seketika itu juga kerana
untuk melakukannya, seseorang itu mestilah dalam keadaan suci dan berada di
tempat suci, sama seperti mahu mengerjakan solat.
SOLAT JUMAAT
Solat Jumaat ialah solat 2 rakaat dalam waktu
Zohor pada hari Jumaat didahului dengan 2 khutbah dengan syarat-syarat yang tertentu.
Solat Jumaat adalah Fardhu Ain kepada setiap lelaki Islam yang cukup
syarat-syaratnya.
- Pengertian solat Jumaat
Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat)
yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan
secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya
Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan
syarat-syarat tertentu
- Dalil Al Quran tentang Solat Jumaat
Firman Allah SWT:
“"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila
diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu
pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan
tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi
kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah:
9)
- Syarat wajib solat Jumaat
Syarat yang pertama ialah Islam iaitu tidak
wajib bagi orang kafir. Yang kedua ialah Baligh iaitu tidak wajib bagi
kanak-kanak yang belum baligh. Yang ketiga ialah Berakal iaitu tidak wajib
bagi orang yang gila. Yang keempat ialah Merdeka iaitu tidak wajib ke atas
hamba abdi. Yang kelima ialah Lelaki iaitu tidak diwajibkan untuk orang
perempuan. Yang keenam ialah Sihat iaitu tidak wajib bagi orang yang uzur dan
berhalangan dan yang ketujuh ialah Bermastautin atau bermukim iaitu tidak
wajib bagi orang yang musafir.
- Syarat sah solat Jumaat
Antara syaratnya ialah didirikan di dalam
waktu Zuhur. Selain itu, tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu
tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
Seterusnya ialah, mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang
tinggal tetap di kawasan itu. Dan ia didahului dengan dua khutbah.
- Hukum meninggalkan solat jumaat
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan
yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas
setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan
mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan
dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu
hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan
mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
عَنْ أَبِي الْجَعْدِ الضَّمْرِيِّ وَكَانَتْ
لَهُ صُحْبَةٌ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا
بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ
"Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa
Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan
sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya drp menerima petunjuk" Hadith
riwayat Abu Daud
Comments
Post a Comment