Apa kata hati?
Kita wanita.. Kita bunga..
Hiasan Duniawi..
Kita manusia..
Kadang-kadang lupa siapa kita..
Kita lupa diri...
Alpa dengan kemewahan dunia..
Leka dengan teknologi siber..
Namun...
Tiba-tiba hati terusik..
Lantas kita kembali ke landasan sepatutnya...
Itu manusia....
Sentiasa perlu diingatkan...
Sentiasa perlu dinasihatkan...
Sentiasa perlu diberitahu..
Kerana, kita lupa...
Apabila bahagia... Seronok yang datang... tapi, "syukur" tiada...
Apabila derita... Sedih yang datang... tapi, "insaf" tiada..
Pernah kita alpa..
Bukan dengan kemewahan dunia..
Tapi, nafsu...
Pandangan Mata tidak dijaga..
Memuja manusia sini sana...
Hingga lupa akan tanggungjawab kepada agama...
Suatu hari..
Saatnya kita sunyi..
Jiwa kita sepi..
Terasa kosong dalam diri....
Hiba rasa hati...
Ketika ini,
Hatimu rindukan tuhan yang Esa...
Makanan hatimu lama kau tidak suapkan..
Hanya ingat makanan keseronokkan..
Apa yang perlu kau lakukan...?
Ambillah wudu'... sucikan dirimu...
Bentangkan sejadahmu.. Sujud pada yang Satu..
Bukalah Al-Quran, kitabmu... Alunkan ayat Suci Tuhanmu...
Basahi lidahmu dengan zikrullah...
Jadikan sunnah Rasulmu sebagai amalan...
Selawat juga jangan kau lupakan...
Semoga istiqamah amalnmu dan berkekalan...
Semoga kejayaan dunia akhirat yang kau impikan...
Menjadi kenyataan... InsyaAllah
Tok tok tok...
Ada orang mengetuk pintu hatimu...
Apakah yang kau rasakan?
Saat ini juga sebuah ujian...
Penentuan tauladan atau sempadan..
Adakah hatimu tenang?
Adakah hatimu resah?
Mungkin orang itu yang kau kenal?
Atau orang itu hadir tanpa kau sedar?
Tanya hati..
Hati...
Jangan kau ikutkan nafsu...
Istikharah lah yang kau perlu...
Minta petunjuk Tuhanmu..
Adakah dia....
Permata dicari?
Atau kaca yang mengkaburi...
Saat itu..
Cuba perbaiki diri...
Yang baik, untuk seorang yang berusaha kepada kebaikan...
Yang buruk, mungkin kerana kau masih perlukan pertimbangan...
Muhasabah diri perlu kau lakukan..
Bagi menentukan masa hadapan...
Mungkin dia tidak tampan...
Hanya sedap mata memandang..
Mungkin dia tidak hartawan...
Tapi cukup kelengkapan...
Yang terbaik...
Agama dan ilmunya yang kau perlukan..
Bagi membimbingmu ke arah kebaikan..
Bersama-sama tingkatkan iman...
Agar menjadi penghuni disyurga impian..
Namun..
Biar tepat dengan caranya...
Berjumpa ayah dan Bonda...
Restu mereka amatlah berharga...
Untuk membina mahligai bahagia...
Kau, wanita....
Jagalah adabmu..
Tundukkan pandanganmu...
Labuhkan hijabmu...
Percantikkan akhlakmu..
Solehahnya... indahnya..
Jaga maruhnya...
Biar jadi mawar berduri..
Dipandang cantik.. disentuh jangan...
Hanya untuk siPemetiknya...
Seorang Khalifah yang halal untuknya..
nukilan_izzahizhar93_
Comments
Post a Comment