TAJUK : MEMBUAT PILIHAN (KHIYAR) DALAM JUAL BELI SUBJEK : FIQH MUAMALAT Takrif Khiyar Pilihan untuk meneruskan atau membatalkan kontrak yang telah dipersetujui diberikan oleh syarak kepada pihak yang menjalankan kontrak jual beli. Khiyar Majlis Kedua-dua pihak berhak menarik balik kontrak jual beli tersebut walaupun kontrak tersebut telah dipersetujui dan disahkan. Dengan syarat ianya dilakukan di majlis yang sama dan secara fizikalnya,mereka masih belum berpisah. Jika mereka telah berpisah daripada majlis jual beli tersebut khiyar ini tidak dibenarkan dan kontrak tersebut perlu dilaksanakan. Apa yang dimaksudkan dengan berpisah boleh dirujuk kepada amalan yang digunapakai (uruf). Bagi kontrak yang dimeterai di dalam sebuah rumah yang besar,sekiranya salah satu pihak keluar dari bilik ke halaman rumah atau sebaliknya, mereka dianggap telah berpisah. Jika mereka berada dalam sebuah rumah yang kecil , perpisahan dianggap berlaku a
Posts
Showing posts from 2013
SoLat ~ Solat
- Get link
- X
- Other Apps
SOLAT SUNAT TARAWIH Pengertian solat tarawih Erti tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirehat. Solat tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu isya’. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat tarawih, sebelum disambung semula. Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat tarawih, solat witir dan membaca al-quran, berzikir dan lain-lain. Amalan Solat tarawih Disamping mengamalkan ibadah puasa yang diwajibkan, umat islam digalakkan dan disuruh dengan mengerjakan berbagai ibadat sunat yang ditawarkan sepanjang bulan ramadhan yang diberkati Allah itu. Allah SWT mengurniakan satu keistimewaan lagi iaitu malam “lailatul qadar” pada salah satu malam sepanjang bulan ramadhan ini. SUJUD TILAWAH Sujud Tilawah adalah salah satu sujud yang sering kita lakukan semasa me
Proses Kejadian Manusia
- Get link
- X
- Other Apps
Pengenalan Kepada Proses Kejadian Manusia Allah SWT yang menciptakan manusia, maka Dialah yang mengetahui asal usul kejadian, kelemahan-kelemahan dan kesempurnaan, tugas dan risalah, kedudukan dan jawatan, matlamat dan kewujudan dan falsafah hidupnya, juga mengetahui tentang kepastian mengenai kehidupan yang abadi. Allah SWT yang mencipta manusia itulah yang mengetahui hakikat kejadian diri manusia, sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud “Tidakkah Allah SWT yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui segala-galanya? Sedang ia amat luas urusan tadbirNya, lagi amat mendalam pengetahuanNya. Maha Mengetahui dengan segala ciptaan” (surah Al-mulk ayat 14) Allah SWT telah menerangkan secara terperinci mengenai proses kejadian manusia iaitu manusia yang pertama Nabi Adam A.S dan zuriat keturunannya yang harus difahami sebagai unsur jasmani. Unsur jasmani manusia dicipta dari tanah di bumi, maka tuntutan serta keperluan hidup manusia yang bersifat jasmani adalah dari tanah
IPW (Iventori Personaliti Warna)
- Get link
- X
- Other Apps
Sekadar perkongsian kira bersama... Inventori Personaliti Warna ini adalah inventori mengandungi 100 item yang mempunyai format jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam alat ukuran ini dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Warna atau singkatannya IPW mempunyai 4 skala iaitu skala Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Inventori Personaliti Warna adalah satu alat ukuran yang dibina bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti ciri-ciri personaliti berasaskan personaliti warna iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga. INVENTORI PERSONALITI WARNA Colour Personality Inventory IPW Oleh: Sidek Mohd Noah (2004) Arahan: A Inventori ini mengandungi 100 item atau pernyataan. Bermula dengan nombor satu, rekodkan jawapan anda pada borang jawapan yang disediakan. B. Jika pernyataan itu menerangkan diri anda, tandakan [ ΓΌ ] pada ruangan (Y) dan jika tidak menerangkan diri an