Posts
Showing posts from November, 2012
Nama-Nama dan tugas Malaikat
- Get link
- X
- Other Apps
NAMA-NAMA DAN TUGAS MALAIKAT Malaikat Jibril Dia ialah penghulu segala malaikat. Tugasnya menyampaikan wahyu kepada rasul dan Nabi. Malaikat adalah satu dari tiga malaikat yang namanya disebut dalam al-Quran. Nama malaikat Jibrail disebut dua kali dalam al-Quran iaitu pada surah 2 ayat 97 dan 98. Malaikat jibrail juga sering disebut dalam hadis dan kisah para nabi memandang jibril sering turun ke bumi dan berubah menyerupai manusia (lazimnya lelaki) untuk bertemu dengan para nabi. Antaranya adalah peristiwa ketika Jibril bertanyakan Nabi Muhammad SAW islam dan ihsan serta tanda-tanda hari kiamat. Jibril juga pernah mengiring Nabi Muhammad dalam Isra’ dan Mikraj iaitu perjalanan malam dari Makkah ke Baitul Maqdis sebelum Nabi Muhammad sendiri menemui Allah di Sidratul Muntaha. وَلَقَدْ رَآهُ بِالْأُفُقِ الْمُبِينِ Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Ji
Jatuh Cinta?? ^_^
- Get link
- X
- Other Apps
BOLEHKAH JATUH CINTA? Adakah jatuh cinta dibolehkan? Boleh saja, kenapa tidak? Cinta seseorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumber dari fitrah yang di ciptakan Allah dalam jiwa manusia. Perasaan itu adalah kecenderungan kepada berlainan jantinanya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya. Sebagaimana firman Allah: “Dan antara kekuasaan-Nya adalah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dan jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan jadikan-Nya antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kaum yang berfikir”. (Ar-Rum:21) Cinta bukanlah seuatu yang kotor, kerana kekotoran dan kesucian bergantung kepada bingkainya. Adakah bingkai suci dan halal dan ada bingkai yang kotor dan haram.
Apa itu Kaunseling??^_^
- Get link
- X
- Other Apps
Apa itu KaUnseLinG?? ^_^ Bukan senang hendak menjadi seorang yang bergelar kaunselor.. kita just kenal kaunselor kat sekolah je kan??.. hmmm.... banyak cabang kaunselor ni.. sekarang banyak permintaan jawatan kaunselor di jabatan-jabatan kerajaan. tak pun pejabat swasta. Saya baru dalam belajar kaunseling ni. banyak lagi yang kene betulkan. So, ada la sikit note yang boleh share, saya share... Sharing is caring right?? huhu.. Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri. Kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seo