CARA KAUNSELING MENANGANI MASALAH PENGANGGURAN
1.0 Pengenalan
Pengangguran ialah satu fenomena dimana seseorang yang boleh bekerja dan mahu bekerja tetapi tidak dapat mendapat pekerjaan. Mereka ini digolongkan dalam tenaga buruh sesebuah negara, iaitu mereka yang berumur 16 ke 64 tahun dan sanggup bekerja. Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga. (
Dalam masyarakat di mana kebanyakan orang boleh mencari nafkah dengan bekerja dengan orang lain, pengangguran adalah masalah serius. Kesan negatifnya termasuk kehilangan, perasaan ditolak dan kegagalan peribadi, dan kerana itu pengangguran digunakan secara secara meluas untuk mengukur kebajikan pekerja. Kadar pekerja yang menganggur juga menunjukkan tahap kecekapan penggunaan sumber manusia sesebuah negara dan menjadi indeks bagi aktiviti ekonomi.
Menurut perangkaan utama tenaga buruh negara yang dikeluarkan pada bulan Ogos lepas jumlah tenaga buruh ialah sebanyak 12.5 juta orang di mana hanya 12.1 juta orang sahaja yang berkerja. Perangkaan itu menujukkan bahawa sebanyak 400,000 lagi menganggur. Di sesetengah negara, daripada membuat tinjauan, pengangguran dianggarkan daripada data jumlah mereka yang mencari pekerjaan melalui pejabat pekerjaan kerajaan atau jumlah mereka yang menerima pampasan pengangguran.
2.0 Definisi pengangguran
Penganggur didefinisikan sebagai seorang individu (tenaga buruh) yang berumur dalam likungan 16 tahun hingga 64 tahun yang tiada pekerjaan tetapi mampu bekerja dan mahukan pekerjaan. Terkecuali mereka yang berumur dibawah 16 tahun dan diatas 64 tahun termasuk pelajar, surirumah, orang cacat dan sebagainya yang merupakan penduduk yang tidak sanggup bekerja. (google, Wikipedia)
Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan.
3.0 Jenis-jenis pengangguran
Pengangguran boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah pengangguran geseran atau normal. Pengangguran ini berlaku untuk sementara waktu sahaja. Pekerja tidak puas hati dengan pekerjaan sekarang dan sedang berusaha untuk mencari pekerjaan lain yang lebih baik.
Pengangguran kedua ialah pengangguran struktur. Pengangguran ini berlaku disebabkan perubahan struktur ekonomi dalam sesebuah negara. Pada masa dahulu sektor pertanian memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada tenaga buruh. Dengan perkembangan sektor industri dan pembinaan, penyumbang terbesar dalam penyediaan peluang pekerjaan telah beralih ke sektor tersebut. Oleh kerana sebilangan tenaga buruh tidak mempunyai kelayakan dan kemahiran maka berlakulah pengangguran.
Keempat pula ialah Pengangguran teknologi. Pengangguran teknologi berlaku apabila penggunaan tenaga buruh dalam proses pengeluaran telah diambil alih oleh mesin dan robot. Ini disebabkan berlakunya perkembangan teknologi yang telah berjaya mencipta alatan yang lebih baik untuk meningkatkan pengeluaran dengan kos pengeluaran yang semakin berkurangan.
Jenis pengangguran yang kelima ialah pengangguran tersembunyi atau tidak ketara. Pengangguran ini berlaku apabila terdapatnya lebihan penggunaan tenaga buruh dalam sesuatu ekonomi. Pengangguran ini kebanyakkannya berlaku dalam sektor pertanian. Kehadiran tenaga buruh yang berlebihan ini tidak akan menambahkan pengeluaran dan ketiadaan tenaga buruh ini juga tidak akan menjejaskan pengeluaran.
Seterusnya yang keenam ialah pengangguran bermusim. Pengangguran bermusim berlaku apabila berlakunya perubahan musim yang menghalang tenaga buruh melakukan kegiatan ekonomi. Misalnya, pesawah padi tidak turun ke bendang apabila selesai musim menuai dan terpaksa tunggu hingga musim menanam semula. Nelayan pula tidak turun ke laut untuk menangkap ikan pada musim tengkujuh.
Justeru, belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan.Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
4.0 Cara pengiraan kadar pengangguran
Kadar pengangguran boleh dikira dengan menggunakan satu kaedah yang direka khas. Seseorang yang melakukan apa saja kerja bagi minggu itu dan mendapat bayaran atau keuntungan, bekerja 15 jam atau lebih sebagai pekerja tak berbayar dalam perniagaan keluarga, atau mempunyai kerja di mana dia tidak hadir sementara, dikira sebagai mempunyai pekerjaan.
Pengangguran boleh dihitung dengan cara:
Pengangguran = tenaga buruh – guna tenaga
Guna tenaga adalah tenaga buruh yang bekerja dalam sesebuah ekonomi. Oleh itu beza antara jumlah tenaga buruh dengan guna tenaga adalah pengangguran. Jumlah pengangguran dalam sesebuah negara biasanya dinyatakan dalam bentuk kadar. Pengiraan kadar pengangguran dikira dengan jumlah mereka yang menganggur kemudian dibahagikan dengan jumlah orang dalam tenaga buruh (iaitu jumlah mereka yang bekerja dan tidak bekerja).
5.0 Faktor berlakunya pengangguran
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya pengangguran dikalangan penduduk di muka bumi ini. Antaranya ialah keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.
Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar.(google, karangan SPM)
Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer. (akhbar berita harian)
Selain itu, sebahagian besar faktor pengangguran itu membabitkan graduan sendiri seperti kurang permintaan terhadap bidang pengajian dimiliki graduan, kekurangan kemahiran berkomunikasi, kelemahan menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Selain itu ada graduan enggan berhijrah dari kampung halaman dan terlalu memilih tempat bekerja manakala sebahagian lagi mengharapkan gaji tinggi. Pada masa sama, kebanyakan majikan menetapkan pengalaman bekerja sebagai satu syarat pengambilan.
Seterusnya kurang penguasaan bahasa inggeris. Apabila penguasaan terhadap bahasa inggeris ini berkurangan ,maka ini adalah kelemahan bagi para siswa dan siswazah melayu terutamanya untuk bersaing di bahagian penswastaan. Oleh itu, ramai yang merebut peluang untuk memasuki masuk sektor kerajaan. Jika bahasa inggeris sudah berada didalam tangan, maka kita boleh mencuba nasib di sektor swasta dan mula bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain seperti kaum cina dan india. Bahasa inggeris juga sama pentingnya seperti bahasa tambahan yang lain iaitu bahasa mandarin dan bahasa arab. (Wikipedia)
6.0 Kesan-kesan pengangguran
Pengangguran yang berlaku dalam sesebuah negara akan menimbulkan kesan kepada ekonomi dan sosial. Kesan ekonomi termasuk mengurangkan keluaran negara, menurunkan taraf hidup dan sekaligus melambatkan pembangunan negara. Dengan pengangguran yang tinggi juga boleh meningkatkan kadar kemiskinan dalam sesebuah negara.
Selain itu, pengangguran boleh menyebabkan manusia didalam belenggu kesempitan. Walaupun ada diantara mereka yang mempunyai kemahiran yang baik tetapi tiada pekerjaan, mereka sukar untuk menjalani hidup seperti biasa. Ini kerana mereka harus pandai menggunakan wang yang ada untuk perkara keperluan sahaja. Ini mungkin akan memberi kesan kepada diri mereka yang tidak dapat memuaskan diri dari segi memiliki sesuatu yang mereka ingini. Tambahan pula, barangan keperluan semakin hari semakin naik harga. Jumlah orang yang bekerja dalam sesebuah keluarga yang besar mungkin sedikit. Oleh itu, masalah ekonomi mereka jelas dapat kita lihat.
Seterusnya kesan kepada sosial. Kesan pengangguran terhadap sosial termsuk pengaruh negatif dalam keluarga dan mewujudkan ketidaktenteraman yang boleh membawa kepada pergaduhan dan penceraian. Ia juga boleh membawa kepada peningkatan jenayah akibat masalah kewangan dan masalah tekanan jiwa dan tiada keyakinan diri. Tambahan pula, Peningkatan kejadian anti sosial dalam masyarakat. Akibat dari masalah kewangan yang dihadapi oleh pengangguran, maka mereka sanggup melakukan rompakan, pembunuhan dan lain-lain kegiatan anti sosial untuk mendapatkan wang.
7.0 Langkah-langkah mengatasi pengangguran
Seorang rakyant yang prihatin terhadap diri sendiri dan masyarakat sekeliling, kta haruslah memikirkan cara untuk mengatasi bagaimana untuk mengurangkan kadar pengngguran dikalangan masyarakat pada zaman ini. Antara cara mengatasinya ialah ibubapa haruslah memberi semangat yang padu kepada seseorang individu agar tidak berputus asa untuk mencari pekerjaan. Juga, masyarakat sekeliling haruslah peka sekiranya terdapat anak remaja atau sesiapa sahaja yang tiada pekerjaan, bolehlah membantu mereka dangan hati yang terbuka.
Selain itu, kementerian haruslah mengkaji semula penawaran kursus di universiti terutamanya sukatan pelajaran kursus universiti dikaji dari semasa ke semasa. Tambahan lagi, kursus yang ditawarkan mestilah diselaraskan dengan keperluan pasaran kerja. Penekanan haruslah diberikan kepada kemahiran dan amali supaya kursus universiti menjadi lebih praktikal.
Era globalisasi ini, kita haruslah mengubah sikap iaitu sikap memilih pekerjaan haruslah dikikis. Kita juga harus pandai menceburi bidang mengikut permintaan pasaran pekerjaan. Untuk memantapkan kemahiran kita, kita wajar mengikuti latihan semula siswazah dalam pelbagai kemahiran seperti kemahiran berbahasa, latihan pengurusan dan sebagainya untuk memenuhi kehendak pasaran kerja. Sebaiknya, kita haruslah mengubah amalan paradigma lama, iaitu mahu sanggup berdikari dalam menjalankan pekerjaan.
Pihak kerajaan juga memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini.
pengangguran
Kaunselor sentiasa bersedia bagi memikul pelbagai peranan meliputi kepelbagaian perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat dan orang awam. Tugas utama seorang kaunselor adalah mengendalikan sesi individu, kelompok ataupun keluarga berkaitan masalah peribadi, interpersonal ataupun kerjaya. Tugas-tugas sampingan mereka agak berbeza daripada tugas utama pula adalah penglibatan mereka dalam program-program pendidikan, membuat penilaian dan diagnosis serta menangani krisis intervensi.
Bagi memastikan matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tercapai, kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasaran adalah penting. Keberkesanan perkhidmatan kepada kumpulan sasaran adalah penting. Keberkesanan perkhidmatan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan serta keterampilan. Usaha-usaha membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakandengan secara seimbang dalam semua bidang.
Kaunseling kerjaya merupakan suatu aspek kaunseling yang penting dan dianggap dinamik. Beberapa teori kaunseling kerjaya telah dikemukakan untuk membantu kaunselor baharu menjalankan kaunseling kerjaya dengan lebih berkesan lagi. Kaunselor hendaklah menggunakan teori mengikut tujuan-tujuan tertentu. Sebelum itu, kaunselor yang mengendalikan kaunseling kerjaya harus sedar tentang peranannya. Kaunseling kerjaya sebagai suatu proses menolong individu memperkembangkan dan menerima suatu gambaran lengkap tentang dirinya. Kaunselor cuba berusaha menukarkan gambaran ini menjadi satu realiti supaya membawa kepuasan kepada dirinya serta faedah kepada masyarakat, amnya.
Kaunselor kerjaya berperanan memahami klien secara psikologi sebelum memberikan perkhidmatan kaunseling. Ada beberapa perkara penting yang harus disedari oleh
kaunselor dalam mengendalikan kaunseling kerjaya. Perhubungan antara kaunselor dengan klien haruslah mesra. Kaunseling kerjaya bukan hanya proses memberikan ujian dan melaporkan keputusan.
Peranan kaunselor lebih kepada memberikan maklumat dan mendedahkan pelbagai
jenis kerjaya yang boleh dipilih oleh klien. Seseorang kaunselor perlu memiliki kemahiran dari segi aspek pekerjaan dan kerjaya yang boleh membantu klien menentukan masa depan yang gemilang.
Terdapat pelbagai teori kerjaya yang telah dibangunkan yang menjadi asas pengkaji dalam kajian mereka terhadap bidang kerjaya. Antara teori tersebut ialah teori kerjaya Islam, teori pemilihan kerjaya yang menggunakan pendekatan struktur yang memberikan penekanan kepada proses yang terlibat dalam pemilihan kerjaya yang mempunyai struktur yang amat jelas seperti teori Tret dan Faktor, teori Holland, teori Anne Roe dan teori Psikonalitik Bordin (Sidek Mohd Noah, 2002). Manakala teori Super yang diasaskan oleh Donald E.Super pula lebih dikenali menggunakan pendekatan proses.
Contohnya, Teori kerjaya Islam. Teori Kerjaya Islam ini telah cuba dibangunkan oleh Sidek Mohd Noah (Sidek Mohd Noah, 2002). Teori ini melihat kerjaya sebagai satu kepentingan material dalam aktiviti kehidupan manusia di muka bumi. Tanpa asas kerjaya yang mantap dan kukuh, mungkin keseimbangan antara fitrah semulajadi manusia sama ada dari segi jasmani dan rohani atau antara mental dan emosi akan terganggu. Allah disamping menyuruh manusia beribadah kepada-Nya dengan tekun dalam masa yang sama menyeru manusia berusaha mencari rezeki yang halal. Bekerjaya adalah sunnah para Rasul terdahulu tanpa mengira taraf pekerjaan tetapi yang penting ianya adalah pekerjaan yang halal.
Selain itu, Teori Holland telah mengketegorikan individu kepada salah satu daripada enam kategori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap budaya masyarakat Amerika. Enam personaliti tersebut ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C). Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian diminati dan minat ini mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan tertentu.
Kaunselor juga boleh mengadalan progran pendidikan kerjaya. Program pendidikan terbahagi kepada tiga, iaitu kesedaran kerjaya, eksplorasi kerjaya, dan persediaan kerjaya.
Mengenai Fasa Kesedaran Kerjaya. Fasa ini adalah penting bagi muridmurid kurang upaya yang berada di tahap Sekolah Rendah. Program ini memberi penekanan terhadap perkembangan harga diri, tingkah-laku sosial, kemahiran berkomunikasi, sikap positif terhadap kerja, dan tabiat kerja yang sesuai.
Mengenai Fasa Eksplorasi Kerjaya. Aktiviti bimbingan kerjaya seperti mengeksplorasi minat, keperluan, dan keupayaan termasuk dalam fasa ini. Dalam fasa ini, individu diberi pendedahan kepada aktiviti lain yang produktif dan juga aktiviti masa lapang.
Mengenai Fasa Persediaan Kerjaya. Fasa ini merupakan lanjutan kepada fasa eksplorasi minat, di mana individu akan terlibat dalam aktiviti penjelasan keupayaan peribadi, sosial, dan pekerjaan. Di tahap ini juga diperjelaskan lagi tentang minat, keupayaan, dan kemahiran. Seterusnya di fasa ini, pilihan kerjaya dan gaya hidup menjadi lebih jelas lagi.
Kesimpulannya, peranan kaunselor kerjaya adalah luas dan keberkesanannya bergantung pada pengalaman dan ilmu kerjaya yang dimiliki oleh seseorang kaunselor kerjaya. Kaunselor kerjaya menjadi rujukan klien dalam menentukan bidang kerjaya untuk mereka.
Kesemua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah pengangguran terutamanyadi kalangan siswazah.Tabungan Usahawan Siswazah haruslah ditubuhkan untuk melatih semula dam memberi khidmat nasihat termasuk pinjaman bagi membolehkan para siswazah memulakan perniagaan dan mengisi kekosongan mengikut pasaran pekerjaan. Kesimpulannya bagi mengatasi masalah ini, kita harus mengharunginya dengan sahsiah yang positif dan berusaha mencari jalan untuk menanganinya.
Usah berada ditangkuk yang lama dan mengadu akan nasib kita yang malang, tetapi sebaliknya hadapi rintangan itu dengan berani.Mendapatkan ilmu yang lebih tidak akan membebankan kita, malah ia boleh memanfaatkan kita, terutama sekali dalam mendapatkan pekerjaan baru kerana pilihan pekerjaan kita tidak akan terkongkong
Justeru, kita harus berusaha untuk mengatasi masalah.Jikalau kita tidak menyelenggarakan hidup kita, siapa pula akan melakukannya? Pokoknya, kita harus sentiasa ingat yang kita sendiri yang boleh mengubah nasib kita kerana kitalah pengelola dan pengendali hidup kita sendiri. Dalam masa yang sama, janganlah berputus asa. Gagal itu merupakat langkah kepada kejayaan. Secara amnya, mereka yang menganggur harus mengorak langkah menuju ke mercu kejayaan dengan mempertingkatkan nilai diri mereka dengan mempraktikkan budaya pembelajaran seumur hidup, terutama sekali mempelajari kemahiran baru yang boleh menjadi aset negara.
Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain.
Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.
Dengan adanya penghargaan kepada bidang kaunseling sebagai satu entiti profesional yang berasingan, ia menimbulkan isu profesional supaya diberikan dalam cara yang positif.Peranan kaunselor amatlah luas dan memerlukan kemahiran, masa dan dalam banyak keadaan, wang ringgit. Kaunselor akan dapat menjalankan tugas-tugas dengan berkesan jika diberi peluang untuk mengemukakan cadangan, peruntukan waktu dan sokongan dari seluruh kakitangan. Jika mereka diberi beban tugas yang lain, kemungknan besar mereka tidak dapat menjalankan khidmat bimbingan dan kaunseling sebagaimana sepatutnya.
salam...boleh x sy nk mintak soft copy utk tajuk pengguran ni..send ke emel sy..miz_aquarius@yahoo.com
ReplyDeleteassalamualaikum... terbek lh krng
ReplyDelete