Proses Kejadian Manusia
Pengenalan Kepada Proses Kejadian Manusia Allah SWT yang menciptakan manusia, maka Dialah yang mengetahui asal usul kejadian, kelemahan-kelemahan dan kesempurnaan, tugas dan risalah, kedudukan dan jawatan, matlamat dan kewujudan dan falsafah hidupnya, juga mengetahui tentang kepastian mengenai kehidupan yang abadi. Allah SWT yang mencipta manusia itulah yang mengetahui hakikat kejadian diri manusia, sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud “Tidakkah Allah SWT yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui segala-galanya? Sedang ia amat luas urusan tadbirNya, lagi amat mendalam pengetahuanNya. Maha Mengetahui dengan segala ciptaan” (surah Al-mulk ayat 14) Allah SWT telah menerangkan secara terperinci mengenai proses kejadian manusia iaitu manusia yang pertama Nabi Adam A.S dan zuriat keturunannya yang harus difahami sebagai unsur jasmani. Unsur jasmani manusia dicipta dari tanah di bumi, maka tuntutan serta keperluan hidup manusia yang bersifat jasmani adalah dari tanah