Apa itu KaUnseLinG?? ^_^ Bukan senang hendak menjadi seorang yang bergelar kaunselor.. kita just kenal kaunselor kat sekolah je kan??.. hmmm.... banyak cabang kaunselor ni.. sekarang banyak permintaan jawatan kaunselor di jabatan-jabatan kerajaan. tak pun pejabat swasta. Saya baru dalam belajar kaunseling ni. banyak lagi yang kene betulkan. So, ada la sikit note yang boleh share, saya share... Sharing is caring right?? huhu.. Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri. Kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada...