Posts

Showing posts from April, 2017

Siapakah dia Kaunselor?

Image
Pengenalan

Kaunselor adalah seorang profesional yang berdaftar dan terlatih dalam bidang kaunseling. lanya boleh juga tergolong dalam bidang lain seperti mereka yang terlatih secara profesional dalam pekerja keagaman, pekerja-pekerja sosial, pakar bimbingan kerjaya ataupun kaunselor psikologi. Kaunselor juga merupakan seorang individu yang memainkan peranan penting dalam mengendalikan perkhidmatan atau sesi kaunseling. Individu tersebut mestilah mempunyai kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Peranan kaunselor perlu berlandaskan pengetahuan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah dengan berkesan.

            Mengikut Kamus Dewan (2002), kaunselor didefinisikan sebagai seorang yang layak menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang menghadapi masalah ataupun seseorang yang berkemampuan memberikan khidmat kaunseling. Mengikut Akta Kaunselor (1998), kaunselor ialah seorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi suatu bayaran yang telah ditetapka…