Posts

Showing posts from June, 2013

SoLat ~ Solat

Image
SOLAT SUNAT TARAWIH Pengertian solat tarawih Erti tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirehat. Solat tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu isya’. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat tarawih, sebelum disambung semula. Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat tarawih, solat witir dan membaca al-quran, berzikir dan lain-lain. Amalan Solat tarawih Disamping mengamalkan ibadah puasa yang diwajibkan, umat islam digalakkan dan disuruh dengan mengerjakan berbagai ibadat sunat yang ditawarkan sepanjang bulan ramadhan yang diberkati Allah itu. Allah SWT mengurniakan satu keistimewaan lagi iaitu malam “lailatul qadar” pada salah satu malam sepanjang bulan ramadhan ini.  SUJUD TILAWAH Sujud Tilawah adalah salah satu sujud yang sering kita lakukan semasa me